29, Januari 2015 . PUTRAJAYA. Persatuan Anak-Anak Terengganu mengadakan kunjungan hormat pada YB Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Menteri Kementerian Komunikasi & Multimedia di pejabat beliau. YBhg Dato' telah berkongsi buah fikiran dan pandangan yang bernas untuk pembangunan dan juga aktiviti-aktiviti PESAT dimasa hadapan.
Total Pageviews
Thursday, 29 January 2015
Monday, 26 January 2015
LAWATAN PESAT KE PEJABAT MEDIA KARANGKRAF ( SINAR HARIAN )
22 Januari, 2015: PESAT telah mengadakan satu program lawatan ke Pejabat Media Karangkraf (Akhbar Sinar) di Shah Alam. Program lawatan ini diketuai oleh YBhg Dato' Presiden , Exco, AJK dan juga Sekretariat PESAT. Program ini dapat memberi pendedahan kepada PESAT tentang aktiviti-aktiviti dan operasi pihak Karangkraf serta dapat menjalinkan hubungan di antara PESAT dan pihak media.
Friday, 16 January 2015
Pertandingan Golf Amal & Silaturrahim PESAT 2015 pada 26 Februari 2015 bertempat di Impian Golf & Country Club, Kajang.
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,
BERITA BAIK UNTUK KAKI GOLF !
PESAT akan mengadakan Pertandingan Golf Amal & Silaturrahim PESAT 2015 pada 26 Februari 2015 bertempat di Impian Golf & Country Club, Kajang.
Tuesday, 13 January 2015
SUMBANGAN PESAT UNTUK MANGSA BANJIR DI BESUT TERENGGANU
11 Januari, 2015 | Besut : PESAT telah mengadakan program sumbangan pada pada mangsa banjir di kawasan Kota Putra dan juga Hulu Besut. Majlis ini diadakan bersama dengan Wakil Rakyat dari kawasan berkenaan.
Sebanyak 250 orang telah menerima sumbangan di kedua-dua kawasan. Diharapkan sumbangan yang kecil ini dapat meringankan beban kepada mangsa-mangsa yang terlibat banjir.
Bantuan juga diteruskan ke Pasir Mas , Kelantan pada sebelah malam dengan bekalan untuk mangsa banjir di sana. (Tiada gambar kerana admin tidak bersama program di Kelantan)

Subscribe to:
Posts (Atom)